23 August 2009

KELIRU M dan W


Murid ini memang keliru huruf m dan w. Penulisannya juga kerap berubah-ubah dan kadangkala ia tidak berlaku. Aktiviti mengecop abjad adalah salah satu pembelajaran untuk membezakan huruf-huruf dalam sesuatu perkataan. Semasa aktiviti ini berlangsung, saya bertindak sebagai pemerhati dan membiarkan murid mengambil masa memilih huruf yang betul. Keadaan ini turut terjadi dan dia hanya menyedari kesalahan tersebut apabila ditegur oleh guru dan rakan-rakan.

Aktiviti pemulihan murid ini ialah saya meletakkan kad abjad m dan w di hadapan meja sebagai rujukannya. kami juga akan bermain lakaran pada belakang tubuh dan meneka abjad tersebut. Mencari huruf m dan w di dalam kelas serta membentuk abjad menggunakan beras dan biji sagu.

22 August 2009

KURSUS ETEMS FASA II, 2008



Kursus Etems Fasa II telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Rompin. Ia melibatkan semua guru-guru KPLI/KDC/SKM(Pemulihan Khas). Kami menghadiri kursus selama 3hari dan ia berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Kursus Etems memberi pendedahan kepada guru mengajar Matematik pemulihan dalam Bahasa Inggeris. Saya dapati kebanyakan guru mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam penguasaan Inggeris. Guru-guru juga sangat yakin berkomunikasi dan membuat persembahan kumpulan.

16 August 2009

BUKU KVKV




Ini adalah salah satu bahan pemulihan bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Buku tersebut telah disediakan dengan beberapa aktiviti penulisan dan bacaan. Terdapat latihan pemahaman, membina ayat dari perkataan terpilih, menyusun semula ayat mudah serta menampal keratan perkataan di dalam buku tulis menjadi petikan yang telah dipelajari.

13 August 2009

MESYUARAT GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MARAN 2008


Mesyuarat Guru Pemulihan Khas Daerah Maran telah diadakan di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu. Semua guru pemulihan khas berkumpul dan diberi pendedahan tentang takwim tahunan Guru Pemulihan Khas. Kami juga berpeluang melawat beberapa kelas pemulihan khas contoh yang telah mendapat penaiktarafan RMK8. Guru tersebut sangat komited terhadap bidang tugas pemulihan dan menjadi contoh kepada guru-guru di sekolahnya.

Kami juga telah diberi taklimat dan pendedahan terhadap beberapa modul bacaan yang telah didokumentasi oleh JPN Terengganu. Kebayakan guru yang terlibat adalah guru veteran yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dan bukan dari opsyen pemulihan. Mereka berjaya menyediakan set bacaan bertulis dan aktiviti berbentuk ICT.

Saya sangat kagum dengan kebolehan mereka. Meski saya berkemahiran dalam bidang ICT tetapi bakat saya tidak dapat ditonjolkan untuk membatu rakan-rakan lain. Kebanyakan dokumentasi saya cipta dan guna untuk diri sendiri. Alangkah baiknya jika dapat berkongsi dengan sahabat lain. Semuanya bergantung pada minat dan kesungguhan. Setiap ciptaan perlu dipatenkan oleh pemilik dan perlu juga faham Akta yang terlibat.

Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang makan angin ke beberapa tempat sebelum kembali ke Maran. Antara tempat yang dilawati ialah Masjid Kristal dan Pasar payang. Tahun ini kami tidak kemana-manapun. Pengutipan data pun dibuat melalui surat sahaja. Harap akan diwujudkan pelbagai kursus untuk Guru Pemulihan kelak. Saya berminat untuk menguasai muzik dalam p&p. At least boleh belajar cipta lagu, cipta irama, dan bermain alatan muzik. Tak puas rasanya belajar muzik di Maktab. Kalau boleh nak dapatkan lebih lagi....

09 August 2009

MENULIS TIDAK TEPAT



Ini adalah contoh penulisan murid yang tidak tepat. Murid menulis nombor berdasarkan kreativiti mereka sahaja. Murid cenderung menulis nombor tidak mengikut turutan yang betul. Mereka tidak memiliki pengalaman menukar operasi matematik dari vertical-horizontal layout.

03 August 2009

HURUF KECIL DAN HURUF BESAR BERCAMPUR


Masalah penulisan huruf kecil dan huruf besar memang sering berlaku dan tidak dapat dielakkan. Kebanyakan murid yang telah lancar membaca kerap mengalami masalah ini. Kebiasaan mereka sudah mula berminat membaca buku dan pelbagai bahan bacaan lain.

Apabila minda mereka telah terbuka, penguasaan bahasa mereka juga semakin berkembang. Oleh itu, mereka akan kerap menguasai perkataan baru dan sukar membezakan penanda wacana yang sesuai bagi sesuatu ayat.