25 May 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG



Barisan mantap Jawatankuasa Hadiah dan Cenderahati

Bergambar kenangan dengan hadiah Tokoh Guru

Jelitawan sks

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri telah diadakan di Daerah Maran. Kami bertungkus lumus membuat persiapan selama 3 hari. Walhal, SK Serengkam hanya terlibat bahagian Hadiah dan Cenderamata sahaja. Ramai guru dan kakitangan yang cemerlang dalam bidang tugas masing-masing menerima sijil penghargaan. Rasa bersemangat melihat kejayaan orang lain. Insyaallah nama saya pula yang akan dipanggil suatu hari nanti. Amin

23 May 2009

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH



Kenangan bermain bola tampar antara guru dan kakitangan sekolah. Setiap guru berpeluang membuat serve meski melepasi net atau tidak itu tolak ke belakang. heeheh. Amat menghiburkan sekali dan kenangan bersama tidak akan dilupakan.

20 May 2009

PENULISAN


Aktiviti membaca dan mengingati semula ayat yang dibaca adalah salah satu aktiviti di Kelas Pemulihan. Saya membimbing murid membaca dan menulis semula petikan yang dibaca dengan betul. Bagi murid pemulihan, aktiviti ini agak mencabar kerana mereka bukan sahaja mengeja setiap perkataan dalam petikan malah terpaksa mengingati setiap perkataan dalam ayat.

Murid ini gagal menulis dengan baik walaupun dapat membaca bahan yang diberi dengan betul dan tepat. Pada awalnya saya terkejut semasa menyemak bukunya. Lantas saya memanggil murid ini dan menyuruhnya membaca hasil penulisan tersebut dihadapan saya. Apabila merenung lama petikan cerita anggur ini, barulah dia sedar bahawa dia telah salah menulis. Dia memberitahu pada saya yang dia sukar membaca tulisannya berbanding teks yang saya beri.


Apabila cuba memadam tulisannya barulah saya sedar yang murid ini ada ciri-ciri disleksia melalui kesukaran pengamatan mata. Saya mengulangkaji semula nota-nota kursus yang pernah dihadiri di PPD dan JPNP. Murid ini telah saya bimbing menulis dihadapan cermin secara latih tubi. Saya memulakan aktiviti menulis dari huruf abjad sehinggalah cantuman huruf membentuk perkataan.

Meski dia lancar membaca tetapi gagal menulis dengan baik, ia telah mengambil masa yang agak lama untuk diberi pemulihan. Buku garis empat telah digunakan dan beransur-ansur dilatih menulis menggunakan buku garis 1.

06 May 2009

KPLI/KDC/SKM(PEMULIHAN KHAS) UNIT 2


Gambar ini dirakam pada bulan November 2008. Memori ini adalah semasa di semester 4. Berdiri di tengah adalah pensyarah pembimbing unit 2 iaitu Pn. Ani Salwiah.

Sahabat di dalam kelas saya. Dari kiri; Nur Huda Hayati(SK Bukit Lada,Maran), saya, Nurul Fitra (SK Cherok Paloh,Pekan) dan Chandramathi (SK Ladang Menteri,Bera).

04 May 2009

KELIRU OPERASI


Ini pula adalah contoh kekeliruan menulis operasi matematik. Murid ini tidak menulis dengan menggunakan syarat penulisn nombor yang tepat. Dia biasanya menulis dan menyalin semula operasi tanpa memikirkan tentang operasi matematik yang terlibat.

Kesilapan ini biasa terjadi dikalangan murid pemulihan. Mereka biasanya menjawab soalan yang diberi mengikut kesukaan mereka. Murid yang lebih suka menjawab soalan bagi operasi tambah akan menambah semua soalan-soalan yang diberi termasuk yang melibatkan operasi tolak, darab, mahupun bahagi.

Latihan ini dibawah to[ik mengenali angka kosong '0'. Pada awal p&p, saya telah menggunakan biji getah dan botol mineral bagi menerangkan fungsi tolak dan angka 0. Murid sangat teruja sepanjang aktiviti meneka botol dan mengira biji getah tersebut. Tetapi mereka masih tidak menjawab soalan operasi tolak tersebut dengan betul.