18 July 2009

MURID PEMULIHAN KHAS SK SERENGKAM 2009


Atas permintan sahabat-sahabat, disini disediakan sedikit gambar kelas dan gambar anak murid. Nanti saya upload lagi...

BINA INSAN GURU, IPGM KDRI


Memori sebelum mengikuti Program Bina Insan Guru yang telah dianjurkan oleh Maktab Batu Rakit. Kesemua sahabat sungguh bersemangat dengan pelbagai kelengkapan macam nak pergi berperang. Kami terpaksa mengharungi pelbagai dugaan antaranya hujan renyai yang sentiasa membasahi bumi, berjuang dengan lintah dan pacat yang dahagakan darah dan macam-macam lagi.

Alhamdulilah, kami berjaya juga menghabiskan semua aktiviti dengan baik. Program ini sangat bagus buat para guru dan memberi pendedahan kepada sesuatu situasi yang tidak dirancang terutama semasa aktiviti merentas hutan belukar, mengingati peta, bekerjasama menghidupkan api, membakar ikan, dan sembahyang dalam hujan. Semoga guru-guru memperolehi pengalaman dan menganjurkan aktiviti perkhemahan disekolah masing-masing. Mungkin lagi mencabarkan. Maklumlah kita semua berasal dari sekolah kurang murid di kawasan pedalaman. Murid-murid pun sangat cekap soal aktivit luar kelas terutamanya murid asli.

08 July 2009

BELAJAR MENULIS


Murid ini baru belajar menulis. Dia menulis perkataan berdasarkan kepada sebutan hariannya. Meski perkataan kvkkvk telah dipelajari tetapi dia masih gagal mengaplikasi pembelajaran semasa menulis.

05 July 2009

MENULIS OPERASI MATEMATIK


Ini adalah salah satu contoh kekeliruan murid menulis nombor melibatkan operasi tolak. Murid menyalin operasi yang saya tulis di papan putih namun menulis secara terbalik mengikut pengamatan mereka. Kegagalan menulis menyebabkan mereka mendapat jawapan yang salah.

Murid tidak sedar bahawa penulisan mereka tidak tepat sehingga ditegur oleh guru dan rakan-rakan. Saya menjadikan ini contoh kepada murid lain supaya mereka lebih berhati-hati semasa menulis nombor dan menyalin operasi di papan putih. Namun, kesilapan menulis nombor kerap terjadi dan ia melibatkan beberapa faktor.

Pada pendapat saya, murid ini jarang berhadapan dengan nombor dan menjawab soalan berbentuk operasi matematik. Mereka juga cenderung tidak berminat menjawab soalan matematik dengan alasan sukar mendapat jawapan yang dikehendaki oleh guru. Murid biasanya lebih suka termenung dan berkhayal semasa menjawab matematik supaya masa berlalu lebih cepat dan mereka hanya perlu menjawab beberapa soalan sahaja.

01 July 2009

SAMBUTAN AIDILADHA DI RUMAH PN.NORZAINI


Sambutan Aidiladha pada 2008 telah disambut meriah bersama Unit 1 dan Unit 2 di rumah Pn.Norzaini. Kami beramai-ramai meraikan Aidiladha sebagai perantau. Wah, sedihnya. Meskipun begitu Pn. Norzaini tetap melayan karenah kami seperti anak beliau sendiri. Kenangan manis tidak akan kami lupakan. Terima kasih Pn.Norzaini kerana sudi melayan kami seadana.


Bersama sahabat yang sempat berposing selepas kekenyangan.