21 September 2009

DISKALKULIA


Ini adalah contoh diskalkulia. Murid menulis dari arah yang salah. Namun begitu, dia dapat menjawab setiap operasi dengan betul.

KELIRU MENULIS OPERASI DARAB


Ini adalah kekeliruan menulis operasi darab. Murid boleh menghafal dan mengingati sifir namun menulis dalam bentuk yang salah.

TULISAN CANTIK


Ini pula adalah salah satu contoh penulisan murid yang telah dipulihkan. Meski terdapat juga sedikit kekurangan namun pada saya ia telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan berbanding semasa mendaftar ke kelas pemulihan.

Setelah hampir 3 tahun mengajar pemulihan, saya berpendapat, bagi tempoh 4-5 bulan di kelas pemulihan, murid lebih mudah diuruskan. penulisan mereka pula sudah dibaiki dan lebih kemas berbanding sebelumnya. Murid tahu kedudukan mata pensel, buku dan posisi tubuh semasa menulis. Pada tempoh ini kebanyakkan kesalahan penulisan adalah keliru menulis huruf basar dan huruf kecil dalam sesuatu perkataan.

Murid kerap bertanya tentang huruf di tengah perkataan yang perlu ditulis huruf besar atau pun huruf kecil. Memandangkan murid pemulihan memang akan kerap mengulang semula soalan mereka walaupun telah diberi peringatan dan pelbagai pengukuhan tetapi saya tetap akan menerangkan semula kedudukan sebenar setiap huruf dalam perkataan.

Masalah mengingat bukan sekadar pada bacaan malah kadangkala seperti satu tabiat dalam diri mereka yang kurang fokus apabila diajar di dalam kelas. Mengulangi pelajaran adalah perkara biasa yang telah dilakukan. Dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

18 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA RUMAH PN.ANI SALWIAH




Memori berbuka puasa dirumah Pn.Ani tidak akan dilupakan. Kami berpeluang berkumpul dirumah baru Pn.Ani. Pelbagai juadah berbuka puasa telah disediakan oleh student Math. Kami datang makan je..

14 September 2009

JABATAN PENGAJIAN MELAYU



Pensyarah saya di Jabatan Pengajian Melayu. Kebanyakan pensyarah mengajar kami dan mereka bekorban cuti sekolah untuk memberikan kami sedikit ilmu. Pn.Norzaini banyak mendedahkan kami tentang Ilmu Pemulihan Khas. Kami sangat gembira dan enjoy berada dalam kelasnya. Iringan muzik hindustan dan lagu-lagu klasik sentiasa menemani kami. Pn. Norzaini juga selalu suka menyanyi dan kami pernah berkaraoke bersama. Cuma tak sempat pergi main boling je..

Tn.Hj Nik Harun Aminarrashed pula adalah pensyarah yang observe saya semasa praktikum. Alhamdulillah, beliau banyak memberi pendedahan tentang teknik pengajaran yang baik kepada saya. Sepanjang 3 bulan dibawah pimpinannya, saya sentiasa meningkatkan pengetahuan saya tentang teknik p&p, penerapan nilai murni, kepelbagaian bahan, aktiviti-aktiviti yang menarik dan set induksi yang berbeza. Kepentingan mengadaptasi teori Ilmu pendidikan sangat penting bagi setiap guru. Kadang kala kita boleh mengahafal dan mengingati semua teori pembelajaran tetapi sukar untuk aplikasi di dalam kelas.

Encik Bakhtiar Omar pula mengajar kami pada semester 1. Kami masih ingat tekakannya apabila terpaksa bertungkus lumus menyiapkan RPH dalam 1 malam sahaja. Saya mendapat tajuk Tulisan Berantai. Kami terpaksa berkongsi laptop. Almaklumlah hanya ada 5 orang sahaja dalam kelas yang ada kemudahan ICT. Tapi Encik Bakhtiar telah memudahkan kami dengan membawa laptop dan kertasnya. Kami saling bantu-membantu menyiapkan tugasan bersama. Masa ini kami mula rapat dan akrab.

01 September 2009

BINA AYAT



Masalah menulis juga terjadi semasa aktiviti membina ayat. Apabila penulisan tanpa sebarang rujukan, murid akan hilang pegangan. Mereka akan mula keliru menulis dengan betul dan kembali seperti penulisan norma mereka.

Namun begitu, binaan ayat mereka masih boleh dibaca dan difahami.