29 November 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH



Cuti sekolah telah bermula. Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mengisi musim cuti kali ini. Murid-murid telah bersedia dengan permainan kampung mereka seperti memancing ikan, mencari kayu cendana, berburu, dan sebagainya.

Pihak sekolah pula telah bertungkus lumus membuat penyediaan persiapan bagi penempatan mangsa banjir. Sultan Pahang turut melawat sekolah kami pada 25 November 2009 bagi melihat keselesaan tempat dan persediaan menghadapi banjir.

Cuti sekolah kali ini telah dipenuhi dengan program persediaan UPSR 2010 bagi murid tahun 5. Terdapat 4 orang murid pemulihan bakal menghadapi UPSR pada tahun depan. Saya juga telah menyediakan beberapa modul penulisan selaras dengan kemampuan mereka.

Saya memilih Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A kerana mendapati mereka amat lemah menguasai aspek penulisan. Sekurang-kurangnya, penulisan bergambar dapat membantu mereka menulis ayat mudah dengan bantuan visual tersebut.

Matapelajaran matematik pula saya menfokuskan kepada topik darab. Latihan beraras berbentuk 1digit x 1digit, 2digit x 1digit, 2digit x 2digit, 3digit x 1digit dan juga 3digit x 2 digit. Saya harap ia dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap teknik darab yang betul dan kaedah mengingati hasil darab yang tepat.

21 November 2009

CEMERLANG UPSR DAERAH MARAN


Hari Anugerah Pendidikan Sekolah pada tahun ini diserikan lagi dengan kecemerlangan UPSR bagi Daerah Maran. SK Serengkam merupakan sekolah 1 Daerah Maran mencapai keputusan 100% dengan 4 orang murid mendapat 5A. Setiap murid yang berjaya mendapat 5A telah dihadiahi sebuah basikal oleh YB Munawar. Dan murid yang mendapat A bagi setiap subjek pula menerima ganjaran berbentuk wang.

Seronok sungguh melihat data yang dipaparkan oleh Wakil PPD. Walaupun saya tidak mengajar mereka tetapi saya berbangga dengan kejayaan mereka dan kesungguhan pihak sekolah mengadaka pelbagai aktivti bagi memastikan kecemerlangan mereka. Semoga SK Serengkan dapat mengekalkan kecemerlangan ini pada tahun 2010. Amin.


Guru Besar dan Wakil PPD bergambar bersama penjaga dan murid yang cemerlang 5A dalam UPSR.

JAMUAN KELAS PEMULIHAN


Alhamdulillah, berkat hasil bersama-sama mengumpul dana untuk jamuan kelas akhirnya murid pemulihan dapat juga menyumbang beberapa ringgit untuk berkongsi mengadakan jamuan kelas perdana. Inilah murid-murid saya. Masing-masing dah tak sabar nak makan kek.

JAMUAN PERDANA SKS


Pada tahun ini, kami telah sepakat mengadakan jamuan kelas secara jemaah. Semua murid berkumpul dan berpeluang menikmati juadah disediakan. Memandangkan tempoh persekolahan hampir tamat, jadi tahun ini tidak ada sistem giliran jamuan kelas. Meskipun begitu semua murid enjoy and happy. Cikgu pun tumpang gembira bila majlis berjalan lancar.

19 November 2009

HARI ANUGERAH PENDIDIKAN SKS 2009


Karena Amalia Mastura telah dipilih menerima Anugerah Pemulihan Cemerlang pada tahun ini diatas kecemerlangannya dalam setiap peperiksaan P1,P2,P3, dan P4 terutama bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Saya juga menilai dari aspek Ujian-ujian yang telah dijalankan berdasarkan aras pemulihan dan ternyata Karena berjaya menguasai aspek bacaan dengan baik sekali.

18 November 2009

KELASKU


Kelas Pemulihan telah ditutup bagi sesi 2009, berjumpa lagi pada tahun hadapan. Harapan semoga anak murid yang telah dipulihkan aspek membaca, menulis, dan mengira akan terus berjaya dan mengingati pelajaran sepanjang berada bersama saya. Selamat datang diucapkan kepada murid-murid baru yang bakal mengahadpi Ujian Diagnostik, IPP2M dan Math screening Test pada 2010. Semoga lembaran baru akan lebih cemerlang.

12 November 2009

SUKAN TAHUNAN 2009


Sukan Tahunan SK Serengkam telah diadakan di Padang sekolah. Cuaca pada hari ini amat baik sekali. Sudah 2 hari kami training dalam hujan renyai. Namun begitu ia tidak mematahkan semangat murid-murid untuk berjuang mempertahankan rumah sukan masing-masing.

Laungan guru-guru paling kuat sekali. Kumpulan yang kalah atau menang semuanya sama naik sahaja. Ia menambahkan lagi semangat persaingan antara rumah sukan. Sukan tahunan telah dirasmikan oleh YB Munawar b Abd Jalil.