Showing posts with label BAHAN PEMULIHAN. Show all posts
Showing posts with label BAHAN PEMULIHAN. Show all posts

22 October 2009

MODUL LATIHAN DARAB


Modul Latihan ini masih dalam proses. Saya dapati murid mudah menghafal darab tetapi sukar menulis semula jawapan secara rawak. Mereka mudah melengkapkan 'multiplication table' kerana jawapan adalah secara berturutan tetapi mencari-cari jawapan secara manual untuk sesuatu operasi darab.

Modul ini adalah latihan asas dan saya masih lagi mencari pendekatan yang lebih mudah dan sesuai mengikut kemampuan mereka. Latihan ini berbentuk 1digitx1digit, dan 2digitx1digit serta menukar bentuk operasi dari melintang kepada menegak.

MODUL LATIHAN MASA DAN WAKTU



Topik masa dan waktu adalah topik terakhir pembelajaran matematik pemulihan. Kebanyakan murid kerap keliru dengan fungsi minit dan jam. Terdapat sesetengah dari mereka tidak dapat membezakan arah pusingan masa dengan tepat.

Murid diskalkulia pula mengira perbezaan jumlah masa yang diambil dari arah lawan jam. Kadangkala saya tertanya juga bagaimana dia mendapat jawapan sedangkan dia mengira secar mengundur ke belakang. Tetapi saya masih belum mendapat jawapan.

Oleh itu, saya menyediakan modul ini supaya memudahkan saya mengajar pada masa akan datang. Dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

MODUL LATIHAN WANG


Topik wang adalah salah satu topik yang perlu diajar kepada murid pemulihan. Kebanyakkan murid telah berpengalaman mengurus dan mengenali wang dan operasi yang terlibat. Memandangkan saya mendapat peruntukan bahan berbentuk wang kertas dan syiling contoh dan ia melancarkan proses p&p saya.

Modul ini merangkumi teknik mengenali nilai wang dan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kebanyakkan latihan adalah rantaian latihan yang dicetak dari buku-buku terpilih termasuk buku teks sekolah.

MODUL LATIHAN TOLAK


Modul latihan tolak dibuat mengikut sukatan pelajaran JPNP. Saya telah mengkategorikan latihan mengikut aras kesukaran murid. Terdapat latihan menolak angka 1 digit-1digit, 2digit-1digit, 2 digit-2digit, 3digit-2digit yang melibatkan kaedah mengumpul semula dan tanpa mengumpul semula.

Murid juga diberi pendedahan menukar kedudukan soalan dari bentuk melintang kepada bentuk menegak. Kesalahan menukar operasi kerap berlaku dan dapat diperbetulkan.

MODUL LATIHAN TAMBAH


Ini adalah bahan modul yang saya buat dan menjadi buku teks dikelas. Kebanyakkan latihan adalah berteraskan kepada sukatan pelajaran JPNP. Hal ini memudahkan saya mencetak latihan yang bersesuaian dengan aras mereka. Saya membuat rujukan kepada buku teks, bahan kursus Etems dan buku-buku rujukan.

16 August 2009

BUKU KVKV




Ini adalah salah satu bahan pemulihan bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Buku tersebut telah disediakan dengan beberapa aktiviti penulisan dan bacaan. Terdapat latihan pemahaman, membina ayat dari perkataan terpilih, menyusun semula ayat mudah serta menampal keratan perkataan di dalam buku tulis menjadi petikan yang telah dipelajari.