27 March 2009

BILIK TIDUR DAN ALMARI SAYA

Hari ini adalah bimbingan terakhir oleh Tn. Hj Nik Harun Aminarrashed. Saya sangat berbesar hati menerima kunjungannya. Kelas bermula pukul 11.40-12.40. Tema pembelajaran pada hari ini banyak membantu saya. Model bilik tidur mini yang dibuat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid. Lanau tiba-tiba menangis. Rupanya dah pukul 12.10. Pak cik Aziz dah panggil murid asli untuk dihantar ke Merbau. Apabila di pujuk barulah Lanau kesat air mata. Katanya dia nak pegi keje. Saya berjanji menghantarnya pulang. Saya meneruskan aktiviti. Dalam tangisan sedu sedan, Lanau masih boleh mengeja perkataan katil, cadar dan kipas. Itulah Lanau. Murid kumpulan 2 juga memberi kerjasama yang sangat baik. Etong dipuji kerana sentiasa yakin dan berani mencuba. Mereka boleh membatangkan suku kata cuma kadangkala salah menyebut huruf. Tekanan saya belum berakhir. Saya perlu lebih fokus untuk 3 minggu akan datang. Tn Haji telah mencadang saya untuk mendapat cemerlang. Hati saya berbelah bagi. Saya menganggap ia sebagai satu cabaran positif. Saya telah berusaha sehingga ke peringkat ini. Saya akan terus mencuba terbaik dan tidak akan berhenti setakat minggu ke 12 sahaja. Masih banyak yang perlu dibaiki terutama aspek kognitif dan sosial. Tn. Hj juga menggalakkan saya lebih banyak menggunakan ict pada hari penentuan kelak. Mekipun begitu, saya sangat berpuas hati dengan setiap apa yang telah saya lakukan setakat ini. Semoga semuanya berjalan seperti dirancang. Amin.

2 comments:

~SyaFini Rosli~ said...

Salam kak Nurul.

Tahniah dpt Cemerlang utk praktikum.
Nanti meriahkan blog ni dgn gmbr kelas & anak murid. Gambar Lanau ke? :)

sazrinda anua said...

Fini, Lanau dah lama tidak hadir ke sekolah. UPSR pun dia tak datang. Tapi, akak pernah jumpa dia kat kampung, dia cakap dia sekarang bz masuk hutan cari madu lebah ngan amik upah sawit. Lanau dah tidak ada minat nak ke sekolah. kgu pun puas memujuk tau.