Showing posts with label PROGRAM PEMULIHAN. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM PEMULIHAN. Show all posts

29 November 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH



Cuti sekolah telah bermula. Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mengisi musim cuti kali ini. Murid-murid telah bersedia dengan permainan kampung mereka seperti memancing ikan, mencari kayu cendana, berburu, dan sebagainya.

Pihak sekolah pula telah bertungkus lumus membuat penyediaan persiapan bagi penempatan mangsa banjir. Sultan Pahang turut melawat sekolah kami pada 25 November 2009 bagi melihat keselesaan tempat dan persediaan menghadapi banjir.

Cuti sekolah kali ini telah dipenuhi dengan program persediaan UPSR 2010 bagi murid tahun 5. Terdapat 4 orang murid pemulihan bakal menghadapi UPSR pada tahun depan. Saya juga telah menyediakan beberapa modul penulisan selaras dengan kemampuan mereka.

Saya memilih Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A kerana mendapati mereka amat lemah menguasai aspek penulisan. Sekurang-kurangnya, penulisan bergambar dapat membantu mereka menulis ayat mudah dengan bantuan visual tersebut.

Matapelajaran matematik pula saya menfokuskan kepada topik darab. Latihan beraras berbentuk 1digit x 1digit, 2digit x 1digit, 2digit x 2digit, 3digit x 1digit dan juga 3digit x 2 digit. Saya harap ia dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap teknik darab yang betul dan kaedah mengingati hasil darab yang tepat.

24 October 2009

PROGRAM MENTOR MENTEE EJA DAN BACA


Ini adalah salah satu program kelas pemulihan. Mentor merujuk kepada guru-guru dan Mentee adalah murid-murid pemulihan. Guru berpeluang mengikuti perkembangan bacaan murid dan merekod dalam buku bacaan yang telah disediakan. Semua guru memberi kerjasama yang baik dan berusaha meningkatkan imej dan bacaan mentee mereka.

22 October 2009

PROGRAM EKONOMI TOKEN


Program Ekonomi Token telah dijalankan pada tahun 2008. Ia adalah salah satu program wajib bagi semua kelas pemulihan seluruh sekolah. Guru pemulihan telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti peneguhan positif untuk murid pemulihan. Ia bergantung kepada perlaksanaan guru pemulihan.

Terdapat pelbagai teknik unutk menjayakan program ini. Saya menetapkan beberapa kriteria yang harus diikuti bagi mendapatkan mata. Mata akan dikumpul setiap bulan dan berpeluang mendapat hadiah yang ditawarkan pada bulan tersebut.

Kriteria haruslah kearah kebaikan dan membentuk sahsiah terpuji dikalangan murid. Antaranya seperti ringan tulang, bekerjasama, ulat buku, tolong menolong, baik hati, dan sebagainya. Penerapan nilai murni mampu membentuk peribadi yang lebih baik. Ganjaran disampaikan oleh Guru Besar.

11 June 2009

PROGRAM BACAAN SENYAP



Program Bacaan Senyap adalah salah satu program sekolah saya. Kelas Pemulihan turut terlibat menyertai program pagi yang berbentuk bacaan secara individu dalam keadaan senyap. Memandangkankan murid saya terdiri dari pelbagai aras, oleh itu saya telah mencipta beberapa buku yang membezakan aras murid.


Setiap buku mengandungi pelbagai cerita bersesuaian dengan kemampuan mereka. Murid berpeluang mengulang bacaan setiap kali program ini dijalankan. Murid juga boleh membaca dihadapan guru bahasa dan menjadikan buku ini sebagai salah satu bahan bacaan mereka semasa waktu rehat.