Showing posts with label DISKALKULIA. Show all posts
Showing posts with label DISKALKULIA. Show all posts

21 September 2009

DISKALKULIA


Ini adalah contoh diskalkulia. Murid menulis dari arah yang salah. Namun begitu, dia dapat menjawab setiap operasi dengan betul.

KELIRU MENULIS OPERASI DARAB


Ini adalah kekeliruan menulis operasi darab. Murid boleh menghafal dan mengingati sifir namun menulis dalam bentuk yang salah.

09 August 2009

MENULIS TIDAK TEPAT



Ini adalah contoh penulisan murid yang tidak tepat. Murid menulis nombor berdasarkan kreativiti mereka sahaja. Murid cenderung menulis nombor tidak mengikut turutan yang betul. Mereka tidak memiliki pengalaman menukar operasi matematik dari vertical-horizontal layout.

05 July 2009

MENULIS OPERASI MATEMATIK


Ini adalah salah satu contoh kekeliruan murid menulis nombor melibatkan operasi tolak. Murid menyalin operasi yang saya tulis di papan putih namun menulis secara terbalik mengikut pengamatan mereka. Kegagalan menulis menyebabkan mereka mendapat jawapan yang salah.

Murid tidak sedar bahawa penulisan mereka tidak tepat sehingga ditegur oleh guru dan rakan-rakan. Saya menjadikan ini contoh kepada murid lain supaya mereka lebih berhati-hati semasa menulis nombor dan menyalin operasi di papan putih. Namun, kesilapan menulis nombor kerap terjadi dan ia melibatkan beberapa faktor.

Pada pendapat saya, murid ini jarang berhadapan dengan nombor dan menjawab soalan berbentuk operasi matematik. Mereka juga cenderung tidak berminat menjawab soalan matematik dengan alasan sukar mendapat jawapan yang dikehendaki oleh guru. Murid biasanya lebih suka termenung dan berkhayal semasa menjawab matematik supaya masa berlalu lebih cepat dan mereka hanya perlu menjawab beberapa soalan sahaja.

04 May 2009

KELIRU OPERASI


Ini pula adalah contoh kekeliruan menulis operasi matematik. Murid ini tidak menulis dengan menggunakan syarat penulisn nombor yang tepat. Dia biasanya menulis dan menyalin semula operasi tanpa memikirkan tentang operasi matematik yang terlibat.

Kesilapan ini biasa terjadi dikalangan murid pemulihan. Mereka biasanya menjawab soalan yang diberi mengikut kesukaan mereka. Murid yang lebih suka menjawab soalan bagi operasi tambah akan menambah semua soalan-soalan yang diberi termasuk yang melibatkan operasi tolak, darab, mahupun bahagi.

Latihan ini dibawah to[ik mengenali angka kosong '0'. Pada awal p&p, saya telah menggunakan biji getah dan botol mineral bagi menerangkan fungsi tolak dan angka 0. Murid sangat teruja sepanjang aktiviti meneka botol dan mengira biji getah tersebut. Tetapi mereka masih tidak menjawab soalan operasi tolak tersebut dengan betul.