05 July 2009

MENULIS OPERASI MATEMATIK


Ini adalah salah satu contoh kekeliruan murid menulis nombor melibatkan operasi tolak. Murid menyalin operasi yang saya tulis di papan putih namun menulis secara terbalik mengikut pengamatan mereka. Kegagalan menulis menyebabkan mereka mendapat jawapan yang salah.

Murid tidak sedar bahawa penulisan mereka tidak tepat sehingga ditegur oleh guru dan rakan-rakan. Saya menjadikan ini contoh kepada murid lain supaya mereka lebih berhati-hati semasa menulis nombor dan menyalin operasi di papan putih. Namun, kesilapan menulis nombor kerap terjadi dan ia melibatkan beberapa faktor.

Pada pendapat saya, murid ini jarang berhadapan dengan nombor dan menjawab soalan berbentuk operasi matematik. Mereka juga cenderung tidak berminat menjawab soalan matematik dengan alasan sukar mendapat jawapan yang dikehendaki oleh guru. Murid biasanya lebih suka termenung dan berkhayal semasa menjawab matematik supaya masa berlalu lebih cepat dan mereka hanya perlu menjawab beberapa soalan sahaja.

No comments: