29 November 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH



Cuti sekolah telah bermula. Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mengisi musim cuti kali ini. Murid-murid telah bersedia dengan permainan kampung mereka seperti memancing ikan, mencari kayu cendana, berburu, dan sebagainya.

Pihak sekolah pula telah bertungkus lumus membuat penyediaan persiapan bagi penempatan mangsa banjir. Sultan Pahang turut melawat sekolah kami pada 25 November 2009 bagi melihat keselesaan tempat dan persediaan menghadapi banjir.

Cuti sekolah kali ini telah dipenuhi dengan program persediaan UPSR 2010 bagi murid tahun 5. Terdapat 4 orang murid pemulihan bakal menghadapi UPSR pada tahun depan. Saya juga telah menyediakan beberapa modul penulisan selaras dengan kemampuan mereka.

Saya memilih Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A kerana mendapati mereka amat lemah menguasai aspek penulisan. Sekurang-kurangnya, penulisan bergambar dapat membantu mereka menulis ayat mudah dengan bantuan visual tersebut.

Matapelajaran matematik pula saya menfokuskan kepada topik darab. Latihan beraras berbentuk 1digit x 1digit, 2digit x 1digit, 2digit x 2digit, 3digit x 1digit dan juga 3digit x 2 digit. Saya harap ia dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap teknik darab yang betul dan kaedah mengingati hasil darab yang tepat.

No comments: