13 August 2009

MESYUARAT GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MARAN 2008


Mesyuarat Guru Pemulihan Khas Daerah Maran telah diadakan di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu. Semua guru pemulihan khas berkumpul dan diberi pendedahan tentang takwim tahunan Guru Pemulihan Khas. Kami juga berpeluang melawat beberapa kelas pemulihan khas contoh yang telah mendapat penaiktarafan RMK8. Guru tersebut sangat komited terhadap bidang tugas pemulihan dan menjadi contoh kepada guru-guru di sekolahnya.

Kami juga telah diberi taklimat dan pendedahan terhadap beberapa modul bacaan yang telah didokumentasi oleh JPN Terengganu. Kebayakan guru yang terlibat adalah guru veteran yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dan bukan dari opsyen pemulihan. Mereka berjaya menyediakan set bacaan bertulis dan aktiviti berbentuk ICT.

Saya sangat kagum dengan kebolehan mereka. Meski saya berkemahiran dalam bidang ICT tetapi bakat saya tidak dapat ditonjolkan untuk membatu rakan-rakan lain. Kebanyakan dokumentasi saya cipta dan guna untuk diri sendiri. Alangkah baiknya jika dapat berkongsi dengan sahabat lain. Semuanya bergantung pada minat dan kesungguhan. Setiap ciptaan perlu dipatenkan oleh pemilik dan perlu juga faham Akta yang terlibat.

Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang makan angin ke beberapa tempat sebelum kembali ke Maran. Antara tempat yang dilawati ialah Masjid Kristal dan Pasar payang. Tahun ini kami tidak kemana-manapun. Pengutipan data pun dibuat melalui surat sahaja. Harap akan diwujudkan pelbagai kursus untuk Guru Pemulihan kelak. Saya berminat untuk menguasai muzik dalam p&p. At least boleh belajar cipta lagu, cipta irama, dan bermain alatan muzik. Tak puas rasanya belajar muzik di Maktab. Kalau boleh nak dapatkan lebih lagi....

No comments: